manje

manje

Monday, August 8, 2011

Jiwa Kacau.

Kenapa ramai manusia mengalami masalah tekanan jiwa? Puncanya tidak ada kena mengena dengan perhubungan seks. Terdapat punca-punca yang lain dan apabila punca-punca ini ada, maka kehidupan menjadi satu keseksaan. Kefungsian yang normal di dalam kehidupan tidak dapat dilaksanakan, termasuklah kenikmatan seks, iaitu aktiviti yang paling menyeronokan pada keadaan yang biasa.
Punca utama tekanan jiwa ialah kesan memori terhadap manusia. Kebanyakkan orang menyimpan kekesalan yang mendalam tentang perkara-perkara yang silam di dalam kehidupan mereka  sama ada kekesalan tentang sesuatu keputusan yang mereka ambil atau kesilapan yang mereka lakukan. Apabila kita mengingati semula perkara-perkara tersebut, api membara di dalam hati kita. Kita akan berada di suatu tahap yang mana hati kita akan menjadi kosong, sesuatu kekosongan yang sukar diisi – begitulah dalamnya kekesalan kita.
Kehidupan kita sekarang merupakan suatu titian di antara masa yang silam dan masa yang akan datang., di antara dua gambaran yang perit: memori yang menghantui dan masa depan yang tidak menentu. Merisaukan tentang masa hadapan membuat kita runsing, dan perubatan sains moden yang ada sekarang hanya dapat memberi kita ubatan yang merbahaya untuk mengkaburi memori dan antisipasi kita. Cara begini adalah sangat merbahaya, kerana apabila kita sedar semula, kegelisahan dan kerungsingan akan bertambah. Sel-sel otak kita tidak dapat diperbaharui, begitulah Allah telah menciptanya.
Oleh sebab kita tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku, kita harus bersabar dalam menghadapi memori-memori yang pahit. Tidak siapa dapat bertahan dengan keadaan begitu melainkan dia seorang mukmin – bukan mukmin dengan nama sahaja, tetapi mempunyai iman yang teguh. Memori-memori tidak akan dapat dilesapkan, tetapi iman yang kukuh dapat menetralkan kesan keperitan memori-memori tersebut.






Siapa yang telah tenggelam dengan keasyikkan cinta Allah, akan memulakan kehidupan yang baru dan meningalkan memori-memori yang pahit di belakang.
Baginda Rasulullah (saw) pernah bersabda, Ã¢â‚¬Å“Dalam perihal tindakan, hanya tindakan yang terakhir diambil kira.” Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa yang penting di dalam kehidupan kita ialah tindakan kita yang akhir – adakah ianya di jalan yang benar atau tidak?
Ramai para awliya pernah membuat dosa-dosa yang besar. Setiap dosa yang kita lakukan memberi peluang kepada kita untuk menyedari sesuatu yang bernilai tentang diri kita, dan untuk membangunkan kesedaran ke arah kebaikan di dalam diri kita. Tindak-tanduk yang lalu kita kuburkan. Kita mulai bab yang baru tanpa kita mengimbas semula perkara-perkara yang telah berlaku. Walaupun kalian mungkin sampai ke penghujung hidup, jangan berputus asa – walaupun kehidupan kalian selama ini mungkin telah dihabiskan dengan perkara-perkara yang sia-sia, jangan putus asa. Pastikan tindakan yang terakhir itu dikira oleh Allah.
Satu lagi punca tekanan jiwa ialah perasaan putus asa ataupun keputusasaan. Kita sebagai hamba Allah tidak berhak berputus asa – tidak boleh. Allah boleh mengubahkan semua perkara dengan sekilip saat – semua! Bagi orang yang imannya kuat, dia tidak akan meragui bahawa akhirnya Allah berhajat memberi dia kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat.
Sementara menunggu keadaan yang baik, dia akan terus bersabar di dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup, menunggu janji perubahan daripada Allah. Bagi mereka yang tidak percaya kepada janji Allah, mereka akan kehilangan harapan sewaktu mereka mengejar impian duniawi, segala impian dan idaman akan berkecai.
Tetapi hati seorang mukmin seumpama kapal yang berlayar dengan selamat melalui bahaya cabaran dunia, Allah sebagai petunjuknya, dan iman membantu hatinya terapong di lautan yang bergelora sehinggalah dia selamat sampai ke destinasi – Lautan Rahmat yang kekal. Saya tahu bahawa amalan buruk saya merupakan benteng di antara saya dan Allah. Tetapi saya percaya bahawa Lautan RahmatNya akan menelan hati saya, dan saya akan bebas daripada sifat-sifat yang tidak baik. Saya akan diberi keperibadiaan yang baru, secucuk untuk Lautan Rahmat.

No comments:

Post a Comment