manje

manje

Sunday, August 7, 2011

nak tunjuk kasih sayang..??


huhu, aku mungkin salah s0wg yang susah nak sayang orang and susah nak tunjukkan k.sayang aku at orang lain, walaupun orang yang aku sayang, ehem2... huhu, tapi kadang2 best jugak bila diri d sayangi, aku ada tip 4 tunjuk kasih sayang pada yang dsayangi SELAMAT MEMBACA :)

  •  bagi orang yang kita sayang tu makan racun. tapi jangan la bagi racun yang boleh bawa mati. agak-agak yang dia boleh pengsan dalam berapa jam. tak sihat untuk seminggu tu cukup la. tapi aku suruh buat tu bukan apa. masa dia sakit tu, jaga la betul-betul. suap makan, teman pergi tandas, masa dia tidur tu duduk sebelah dia, jaga kalau tengah-tengah malam dia nak apa-apa. dengan cara tu boleh la 'dia' dapat rasa yang kau sayang dia. 

  •  gantung ayam yang tercabut kepala dekat pagar rumah dia. buat 'kejutan' sikit. TAPI jangan lupa buat nota tau. tulis la SAYA SANGGUP JADI SEPERTI AYAM INI JIKA AWAK TIADA DALAM HIDUP SAYA LAGI. kalau tak pun buat la sajak ke, pantun, seloka, poem. romantik sikit. baru dia terharu air mata darah. mesti kita terharu kalau orang yang sayang kita sanggup berkorban. betul tak?

  • untuk buktikan kita sayang seseorang tu. kita kena lah buktikan. macam kes polis, mesti ada bukti baru boleh percaya kan? jadi kita buat hal. merompak ke meragut ke. tapi ingat. aktiviti merompak dan meragut ni korang boleh buat dekat orang yang korang sayang tu je. bila kena tangkap mesti polis tu soal siasat. jawap la kau buat ni untuk bukti kan kau sayang kat orang tu. kalau masuk surat khabar dan tv lagi bagus. semua orang tahu korang nak sangat buktikan sayang tu sampai sanggup berkorban. buat kerja bodoh.


  • cara lain, tolong dia buat segala-galanya. macam kat cerita spongebob tu. sanggup bekorban untuk orang lain. spongebob memang baik. eh lari topik. tolong la dia buat apa-apa je. tolong tidur, tolong makan, tolong rehat, tolong lari, tolong buat kerja, tolong bercakap. orang yang korang sayang ni memang berehat sepenuh masa lah. dah amacam orang dalam keranda. semua kau je yang buat. macam orang koma. 

  • kadang-kadang susah kita nak cakap 'saya sayang awak' atau 'i love u' pada orang lain. dan ada juga yang boleh pengsan bila cakap macam tu. jadi, apa salahnya kalau kita tulis kan? kalau tak tulis pun. keatifkan lah diri tu. apa kata simbah cat merah depan rumah dia. tulis I LOVE U. pastikan marna merah tau. kenapa merah? sebab orang kata merah tu romantik dan merah itu berani. 

  • sebagai manusia. mestilah kita nak ada orang dengan kita bila kita ada masalah. cuba kau bagi masalah kat orang yang kau sayang tu. tak kisah la apa pun. tapi jangan terlalu brat. masa dia ada masalah tu kau pujuk lah dia. tenangkan dia. selalu ada dengan dia. tolong apa yang patut. bila dia nangis bagi tisu. kalau dia marah siram dengan air sebab orang masa marah kan panas. tolong lah sejukkan dia.

  • bakar rumah dia. lepas tu kau belikan rumah baru. rumah yang bagi kat dia tu pula jangan la kosong je. belikan perabot selengkapnya. baju dia semua kau belikan. ini sesuai untuk orang yang meteriallistik. sesuai sangat. mesti orang yang kau sayang tu sayang korang juga. 

CUBALAH... :-P

No comments:

Post a Comment