manje

manje

Thursday, September 22, 2011

kerana cinta..??


<3<3<3<3<3Menangis kerana kecewa di dalam cinta, mengapa ia berlaku? Apakah kita rasakan tidak sanggup kehilangan orang yang kita cinta? tetapi alangkah ruginya jika kita meratapi & menangis hanya kerana kecewa cinta. Bukan kah lebih baik kita menangis kepada sesuatu yang lebih baik. Menangis keran mengharapkan cinta.
Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.
Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.
Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

No comments:

Post a Comment